Sunday, August 17, 2008

Apakah Fakta Sebenar "Sumpah Lakhnat"?

Apakah Fakta Sebenar "Sumpah Lakhnat"?

Saya terpanggil untuk menghantar pendapat ini kerana rasa ingin tahu saya mengenai sumpah lakhnat yang hangat dibicarakan sekarang apabila bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah bahawa beliau sememangnya benar-benar diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Tindakan Saiful itu mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Namun apa yang menjadi tanda tanya pada saya ialah semua pandangan, pendirian dan kenyataan baik pemimpin dan mereka yang arif dan pakar dalam ilmu agama semuanya adalah berbeza dan mengelirukan. Apakah sebenarnya hukum dan tatacara pelaksanaan sumpah lakhnat dalam Islam? itulah persoalan yang bermain difikiran saya dan saya percaya ramai lagi rakyat malaysia yang beragama islam ingin tahu kebenarannya. Soal siapa yang benar dan salah dalam kes liwat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan ini tidak penting bagi saya. Apa yang penting didalam hal ini ialah, saya sarankan agar semua mufti, ulama, pemimpin agama supaya berpakat dan membuat satu persefahaman berkenaan hukum sumpah lakhnat ini dan keputusannya disebarkan kepada umum agar kekeliruan ini dapat diselesaikan dan ditambah pula ada mufti dari negeri lain yang menggelar mufti dari negeri lain sebagai "terlebih pandai" Apakah semua ini? Dimanakah kesepakatan? Dimanakah kesefahaman? Inikah contoh yang baik yang perlu kita tunjuk kepada penganut agama lain. Berikut adalah petikan pandangan dan pendirian beberapa pemimpin politik, mufti, pakar agama islam dan ulamak yang mana semuanya berbeza:

Perdana Menteri

"Mungkin ia dipertikaikan sesetengah pihak kerana (cara bersumpah itu) tidak betul tetapi hatinya (Mohd. Saiful) ada sesuatu berupa niat hendak melahirkan sesuatu atas nama Allah, kita perlu memahami dan tidak memperlecehkannya.
http://www.utusan.com.my

Nik Aziz

sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.
menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.
orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.
Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi
www.paspenang.blogspot.com

Hadi Awang

Sumpah yang diucapkan oleh Saiful juga, ujar beliau hanya boleh dilakukan oleh isteri atau suami yang menuduh pasangan mereka melakukan zina.
Hukum yang disebut sebagai li’an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.

http://www.harakahdaily.net
anwaribrahimblog.com

Wan Azizah

sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan semata-mata bertujuan menjatuhkan maruah dan karier politik suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim
"Sumpah banyak kali pun, tetapi kalau tiada bukti dan doktor dah sah tiada apa-apa, sumpah dia tak boleh dipakai," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihanraya kecil itu di Dewan Aminuddin Baki di Institut Perguruan Tuanku Bainun hari ini.
http://www.malaysiakini.com/

Anwar Ibrahim

sumpah yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, sengaja dibuat bagi menafikan peluangnya untuk memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.
''Nak bukti apa lagi. Laporan dah keluar. Tiada liwat. Ini dia (Mohd. Saiful) pula nak sumpah. Kes ini tidak ke mana. Sebab itu dia tau kes ini tidak ke mana, jadi dia malukan saya dan aibkan saya semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh.''Dulu saya dituduh meliwat dan saya yang dipenjarakan,"
http://www.utusan.com.my

Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria

“Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’,” tegasnya.
http://www.harakahdaily.net
anwaribrahimblog.com

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya

kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li’an.
“Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak,” tegasnya ketika dihubungi.
http://www.harakahdaily.net
anwaribrahimblog.com

Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid
Pensyarah Jabatan Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

"Beliau percaya apa yang dilakukan oleh Mohd. Saiful adalah untuk mengurangkan beban yang dihadapinya."
http://www.utusan.com.my

Zainul Rijal Abu Bakar.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia


"Sumpah tersebut ada pemberatnya atau taghliz alyamin kerana ia dibuat pada waktu Asar di hari Jumaat di sebelah mimbar masjid dengan nama Allah yang merupakan pemberatnya,"
http://www.utusan.com.my

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis


"Semua orang tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang bohong. Jadi bagi membantu menyelesaikan kekalutan isu liwat ini, saya syorkan kedua-dua mereka ini bermubahalah. Mereka juga hendaklah bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya tidak melakukannya,” katanya."
http://drmaza.com